Thursday, June 24, 2010
Friday, June 18, 2010
AMALAN HIDUP SIHAT - MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG
Amalan hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung di masa hadapan. Ramai rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok.Kebanyakkan daripada mereka mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi dan bahan-bahan lemak lain di dalam darah mereka. Ramai juga yang menghidapi darah tinggi.
Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi. Ini membahayakan jantung sepanjang hayat mereka.Sesetengah kanak-kanak memulakan hidup mereka dengan memakan makanan berlebihan, menggemari makanan-makanan yang mengandungi kolestrol dan kaloro tinggi serta tidak melakukan senaman yang mencukupi (contohnya kerap menonton televisyen).Tabiat menghisap rokok selalunya bermula sejak belasan tahun. Lebih-lebih lagi jika ibubapa mereka juga menghisap rokok.
Mengurangkan faktor-faktor risiko dengan mengamalkan hidup sihat dapat mengelakkan daripada berlakunya serangan jantung dan strok.Setidak-tidaknya ia memberikan kesihatan yang baik, kecerdasan fizikal dan manfaat kepada setiap ahli keluarga. Berikut adalah lima cara hidup sihat yang boleh diamalkan dan dikekalkan:-
JAUHI MEROKOK
Kemungkinan maut daripada penyakit-penyakit tersebut lebih daripada orang yang tidak merokok dan mereka juga mengalami dua kali ganda risiko serangan jantung dan empat kali ganda kematian mengejut. Tidak sia-sia seseorang itu berhenti merokok.Risiko penyakit jantung akan terus berkurangan dan selepas beberapa tahun kadar kematian mereka akan menjadi rendah seperti orang yang tidak pernah merokok.
MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Darah tinggi yang tidak dikawal boleh meninggikan risiko penyakit jantung. Darah tinggi yang tidak dirawat akan menjadi masalah besar dan boleh menyebabkan kerosakan ateri jantung, buah pinggang dan organ-organ lain. Darah tinggi juga meningkatkan risiko serangan jantung, strok atau penyakit buah pinggang.Penyakit darah tinggi apabila ditambah pula dengan risiko-risiko lain seperti gemuk, merokok, kolestrol yang tinggi atau diabetes akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
MENGURANGKAN LEMAK TEPU & KOLESTEROL DALAM MAKANAN
Kolesterol adalah bahan yang dikeluarkan oleh badan kita dan juga didapati di dalam makanan harian. Ia didapati dalam hasil daripada binatang dan paling tinggi di dalam kuning telur dan organ-organ. Lemak tepu seperti dalam daging merah, mentega, keju, krim dan susu akan menyebabkan peningkatan aras kolesterol darah. Sebaliknya, makanan yang mempunyai lemak tidak tepu seperti minyak sayuran akan merendahkan aras kolesterol pada kebanyakan orang.
- Amalkan diet yang mengandungi ikan dan ayam yang dimasak setelah dibuang kulitnya. J
- ika memasak daging merah (lembu,babi, kambing), gunakan bahagian-bahagian tanpa lemak, buang lemak berlebihan dan hidang dalam kuantiti kecil.
- Gunakan sedikit minyak sayuran dan majerin "polyunsaturater" seperti minyak jagung, kacang soya dan bunga matahari ketika memasak.
- Gunakan hasil susu tanpa lemak.
- Hadkan pengambilan kuning telur tidak lebih daripada 3 biji seminggu. Gunakan bahan-bahan lain(tanpa kolesterol) untuk menggantikannya.
- Gunakan kaedah memasak tanpa minyak seperti membakar, memanggang, merebus dan mengukus;
SELALU BERSENAM
Ada bukti menunjukkan kekurangan senaman menambahkan risiko serangan jantung. Senaman menguatkan otot, menggalakkan aliran darah, membantu, mengelakkan daripada gemuk dan melahirkan perasaan sejahtera. Kadar kematian mangsa serangan jantung adalah lebih tinggi jika mangsa kurang bersenam. Jangan memulakan senaman yang berat jika anda tidak pernah berbuat demikian. Ini mungkin dengan sendirinya menyebabkan serangan jantung.Mintalah nasihat doktor sebelum memulakan program senaman.Beliau mungkin menasihatkan anda supaya menjalani ujian senaman untuk menilai terlebih dahulu keupayaan fizikal anda.
MENGAWAL BERAT BADAN; KETAHUILAH KALORI MAKANAN ANDA
Orang dewasa mencapai tahap berat badan normal pada lingkungan umur dua puluh hingga dua puluh lima tahun. Pada setiap tahun selepas itu keperluan kalori untuk menjaga berat badan berkurangan. Tetapi mereka yang berumur tiga puluh hingga empat puluhan biasanya masih memakan sebanyak mana yang mereka makan semasa berumur dua puluhan. Tambahan pula dengan kekurangan aktiviti-aktiviti fizikal, kalori berlebihan itu akan menjadi lemak.
Thursday, June 17, 2010
WARGA HIDUP SIHAT

WAWASAN NEGARA MENUJU WARGA SIHAT TAHUN 2035
Kesihatan adalah merupakan satu asset yang sangat berharga untuk mencapai kebahagian, kesempurnaan dan kesejahteraan dalam kehidupan seseorang individu, masyarakat dan bernegara.
Pemeriksaan kesihatan yang bersepadu ( integrated health screening ) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan keatas pegawai pegawai dan kakitangan dibeberapa buah kementerian sejak tahun 2008 yang melibatkan lebih 9,000 orang, sejauh ini telah menunjukkan lebih kurang 55 peratus warga kerajaan didapati menghadapi masalah kegemukkan, manakala 60% menghadapi paras gula dan tekanan darah yang tinggi. Mereka ini merupakan kumpulan yang mempunyai risiko dan jika mereka tidak mendapatkan rawatan yang awal dan mengubah gaya hidup mereka, mereka adalah diistilahkan sebagai berjalan dengan bomb jangka masa ( walking with a time bomb ) yang pada bila-bila masa akan meledak yakni mendapat strok dan serangan jantung.

Oleh yang demikian adalah menjadi tanggung jawab semua di Negara ini untuk menjaga tahap kesihatan diri mereka dan masyarakat dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan permakanan yang seimbang serta menghindarkan dari merokok, disamping usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan adalah sangat mengalu-alukan penubuhan pusat-pusat fitness dan gym di negara ini. Ianya adalah merupakan sebagai “partner” dan kompplimentari kepada usaha Kementerian Kesihatan untuk menggalakkan orang ramai di negara ini mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan riadah bagi mencegah penyakit-penyakit kronik dikalangan rakyat dan penduduk di negara ini.
Pusat pusat fitness di negara ini adalah disarankan untuk bekerjasama dengan Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan untuk mempromosikan kesedaran kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat dikalangan rakyat dan penduduk negara ini.

Susunan : team arab-famlilies.com
awangminyakatarkebia
Wednesday, June 16, 2010
AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
Status nutrisi dan kesihatan memberikan pengaruh yang kuat terhadap kebolehan kognitif dan psikomotor pelajar. Namun demikian, amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar masih kurang diaplikasikan. Kajian ini bertujuan meninjau amalan pemakanan pelajar melalui konsistensi pengambilan makanan, kesedaran dan tahap pengetahuan mereka berkaitan pemakana yang sihat serta kesannya terhadap konsentrasi pelajar semasa P&P. Perkara yang dikaji ialah faktor-faktor mempengaruhi pemilihan makanan, konsistensi pengambilan makanan, sokongan sekolah, tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar berkaitan pemakanan yang sihat. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 381 responden terdiri dari pelajar sekolah menengah teknik dipilih secara rawak. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS versi 11.0. Dapatan menunjukkan faktor persekitaran paling mempengaruhi pemilihan makanan responden dengan min 3.70, diikuti faktor organoleptik, aktiviti fizikal dan emosi. Responden mempunyai konsentrasi pada tahap sederhana dengan min 3.42 dan kesedaran juga pada tahap sederhana dengan min 3.42. Kebanyakan responden mengamalkan pemakanan secara konsisten dan tahap pengetahuan pelajar berkaitan pemakanan yang sihat adalah tinggi iaitu 71.2% mendapat 7 hingga 10 markah. Dapatan juga menunjukkan sokongan pihak sekolah memupuk amalan pemakanan yang sihat pada tahap sederhana dengan min 3.01. Tiada hubungan antara tahap pengetahuan responden dengan kesedaran mengamalkan pemakanan yang sihat dan tiada hubungan di antara pendekatan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan responden berkaitan pemakanan yang sihat. Analisis menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara konsistensi pengambilan makanan dengan konsentrasi pelajar semasa P&P dengan koefisyen korelasi 0.17. Kesimpulannya, pelajar sekolah menengah teknik mengamalkan pemakanan yang sihat pada tahap sederhana.
Subscribe to:
Posts (Atom)