Amalan hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung di masa hadapan. Ramai rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok.Kebanyakkan daripada mereka mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi dan bahan-bahan lemak lain di dalam darah mereka. Ramai juga yang menghidapi darah tinggi.
Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi. Ini membahayakan jantung sepanjang hayat mereka.Sesetengah kanak-kanak memulakan hidup mereka dengan memakan makanan berlebihan, menggemari makanan-makanan yang mengandungi kolestrol dan kaloro tinggi serta tidak melakukan senaman yang mencukupi (contohnya kerap menonton televisyen).Tabiat menghisap rokok selalunya bermula sejak belasan tahun. Lebih-lebih lagi jika ibubapa mereka juga menghisap rokok.
Mengurangkan faktor-faktor risiko dengan mengamalkan hidup sihat dapat mengelakkan daripada berlakunya serangan jantung dan strok.Setidak-tidaknya ia memberikan kesihatan yang baik, kecerdasan fizikal dan manfaat kepada setiap ahli keluarga. Berikut adalah lima cara hidup sihat yang boleh diamalkan dan dikekalkan:-
JAUHI MEROKOK
Kemungkinan maut daripada penyakit-penyakit tersebut lebih daripada orang yang tidak merokok dan mereka juga mengalami dua kali ganda risiko serangan jantung dan empat kali ganda kematian mengejut. Tidak sia-sia seseorang itu berhenti merokok.Risiko penyakit jantung akan terus berkurangan dan selepas beberapa tahun kadar kematian mereka akan menjadi rendah seperti orang yang tidak pernah merokok.
MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Darah tinggi yang tidak dikawal boleh meninggikan risiko penyakit jantung. Darah tinggi yang tidak dirawat akan menjadi masalah besar dan boleh menyebabkan kerosakan ateri jantung, buah pinggang dan organ-organ lain. Darah tinggi juga meningkatkan risiko serangan jantung, strok atau penyakit buah pinggang.Penyakit darah tinggi apabila ditambah pula dengan risiko-risiko lain seperti gemuk, merokok, kolestrol yang tinggi atau diabetes akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
MENGURANGKAN LEMAK TEPU & KOLESTEROL DALAM MAKANAN
Kolesterol adalah bahan yang dikeluarkan oleh badan kita dan juga didapati di dalam makanan harian. Ia didapati dalam hasil daripada binatang dan paling tinggi di dalam kuning telur dan organ-organ. Lemak tepu seperti dalam daging merah, mentega, keju, krim dan susu akan menyebabkan peningkatan aras kolesterol darah. Sebaliknya, makanan yang mempunyai lemak tidak tepu seperti minyak sayuran akan merendahkan aras kolesterol pada kebanyakan orang.
- Amalkan diet yang mengandungi ikan dan ayam yang dimasak setelah dibuang kulitnya. J
- ika memasak daging merah (lembu,babi, kambing), gunakan bahagian-bahagian tanpa lemak, buang lemak berlebihan dan hidang dalam kuantiti kecil.
- Gunakan sedikit minyak sayuran dan majerin "polyunsaturater" seperti minyak jagung, kacang soya dan bunga matahari ketika memasak.
- Gunakan hasil susu tanpa lemak.
- Hadkan pengambilan kuning telur tidak lebih daripada 3 biji seminggu. Gunakan bahan-bahan lain(tanpa kolesterol) untuk menggantikannya.
- Gunakan kaedah memasak tanpa minyak seperti membakar, memanggang, merebus dan mengukus;
SELALU BERSENAM
Ada bukti menunjukkan kekurangan senaman menambahkan risiko serangan jantung. Senaman menguatkan otot, menggalakkan aliran darah, membantu, mengelakkan daripada gemuk dan melahirkan perasaan sejahtera. Kadar kematian mangsa serangan jantung adalah lebih tinggi jika mangsa kurang bersenam. Jangan memulakan senaman yang berat jika anda tidak pernah berbuat demikian. Ini mungkin dengan sendirinya menyebabkan serangan jantung.Mintalah nasihat doktor sebelum memulakan program senaman.Beliau mungkin menasihatkan anda supaya menjalani ujian senaman untuk menilai terlebih dahulu keupayaan fizikal anda.
MENGAWAL BERAT BADAN; KETAHUILAH KALORI MAKANAN ANDA
Orang dewasa mencapai tahap berat badan normal pada lingkungan umur dua puluh hingga dua puluh lima tahun. Pada setiap tahun selepas itu keperluan kalori untuk menjaga berat badan berkurangan. Tetapi mereka yang berumur tiga puluh hingga empat puluhan biasanya masih memakan sebanyak mana yang mereka makan semasa berumur dua puluhan. Tambahan pula dengan kekurangan aktiviti-aktiviti fizikal, kalori berlebihan itu akan menjadi lemak.
No comments:
Post a Comment